Assalamualaikum,wahai saudara sekufu..

Semoga kita beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat..
Insya-Allah...



Jumaat, 21 Oktober 2011

PeRaTuRaN C!nTa

Yang sebenarnya,cinta sesama manusia hanyalah wasilah untuk kita mendapatkan cinta ALLAH. itulah matlamat sebenar dalam bercinta... Jadi,untuk menjaga kesucian cinta,jadikanlah cinta ALLAH sebagai dasar untuk mencintai manusia...Jika benar menyambut Hari Valentine itu tanda menghargai cinta,maka kitalah yang paling layak untuk menyambutnya...Bukan untuk menyerupai perayaan Non-Muslim tetapi kerana Islam benar-benar menghargai cinta...dalam berjuang mencari cinta Illahi,cinta insani juga perlu...Terdapat beberapa peraturan cinta yang telah digariskan sebagai panduan untuk kita...Ianya ialah,wajib,haram,sunat, makruh dan harus...Jangan dilanggar yang haram kerana cinta...Jangan diabaikan yang wajib kerana cinta...Manakala yang makruh,sunat dan harus dipulangkan kepada kebijaksanaan dan kewarakan kita sama ada untuk membuat atau meninggalkannya...Percayalah,kemanisan dengan menempuh jalan yang haram,akan berakhir dengan kepajitan namun,kepahitan yang dirasai kerana menjaga yang wajib pasti membuahkan kemanisan yang berkekalan...Insya-Allah...Cinta yang dianugerahkan oleh Allah turunnya bersama peraturan...Jangan dipinggirkan peraturan itu tatkala bercinta...Jika tidak,cinta akan tercemar dan bertukar dari nikmat yang paling indah menjadi racun pemusnah...Inilah akibat jika melupakan peraturan Allah dalam bercinta...Lihat,betapa banyak jiwa yang telah menjadi korban sebuah percintaan...Harapan berkecai,semangat terkulai...Si lelaki menjadi Qaisy yang hidup bagaikan bangkai bernyawa akibat cinta tidak kesampaian...Si perempuan pula,bagaikan Laila yang menggila apabila hidup merana...Romeo dan Juliet yang mati membunuh diri atas kebodohan cinta...Ataupun,Uda dan Dara yang bertindak melulu membunuh dan terbunuh demi cinta...Berbaloikah..???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan