Assalamualaikum,wahai saudara sekufu..

Semoga kita beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat..
Insya-Allah...



Jumaat, 21 Oktober 2011

c!Nta AgUnG


Dalam meniti hari-hari yang mendatang,hatiku semakin lemas dek arus yang menggila gelombangnya.. Hati ini tertanya-tanya..apakah puncanya?? Istikarah yang istiqamah belum memberi sebarang petunjuk..Hatiku ini jadi makin hilang arah tuju dari hari ke hari..tiada satu pun hal yang mampu memimpinku agar tidak tersungkur..dan akhirnya,aku rebah..Rebah dalam serakah mencari cinta Insani yang tidak memberi jaminan pada kebahagiaan akhirat..Namun,dalam sirna itu,kutemui sinar sebuah pengharapan..Rupanya,dalam lekaku mencari cinta Insani aku terlupa untuk mengejar cinta Illahi..Cinta yang lebih agung menandingi cinta manusia kerana DIAlah pemilik pencinta dan DIA juga pemilik cinta.. akhirnya,air mataku tumpah untuk yang kesekian kali..kesal memenuhi ruang dalam hati..sesal makin menjadi-jadi..walaupun ada firmanNya yang mengatakan bahawa DIA adalah Maha Pengampun tetapi,rasa bersalah tetap hadir kerana selama ini DIA yang selalu memberiku nikmat hidup telah kusisihkan dari lembaran hariku..aku melupakanNya dalam setiap helaan nafas yang merupakan miliknya yang mutlak..walaubagaimanapun,aku tetap rasa bersyukur kerana DIA menyedarkan aku sebelum aku lebih jauh tersasar..dia masih menerima aku sebagai hambaNya..Terima kasih,Ya ALLAH...

Cinta agung mampu terukir pada langit hati dan bercahaya pada buminya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan