Assalamualaikum,wahai saudara sekufu..

Semoga kita beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat..
Insya-Allah...



Isnin, 24 Oktober 2011

bErC!nTa SaMpA! SyUrGa

Cinta dilahirkan ditempat yang baik(syurga),dianugerahkan oleh yang Maha Baik(Allah),dinikmati kali pertama oleh insan yang baik(Nabi Adam a.s) lalu ia diwariskan untuk insan yang baik-baik(para solihin) dan akhirnya cinta akan kembali semula ketempat asalnya iaitu syurga...Ingat selalu...Untuk bercinta sampai syurga perlulah jadikan rumahtangga sebagai 'syurga dunia'...Muhasabah selalu bersama pasangan,adakah rumahtangga anda sudah mampu mencapai taraf 'syurga'?Sekiranya ia belum sampai ke tahap tersebut maka berusahalah...Bermujahadahlah...
Berkorbanlah...Biar didunia kita bersusah-susah sedikit asalkan di akhirat kita mampu mencapai darjat kebahagiaan seorang insan...Pandanglah wajah pasangan dan pandanglah wajah anak-anak seorang demi seorang lalu ucapkan pada dirimu,"Tidak akan aku biarkan seorang pun dari kamu terpisah dari sisiku di akhirat kelak.Kita semua akan berkumpul semula di taman syuga Firdausi dan abadi buat selamanya.Insya-Allah.Amin..."Sekiranya anda begitu menyayangi pasangan anda maka bercintalah sampai syurga...Dan untuk itu,bersedialah menempuh apa jua dugaan...Mengimbau kembali kisah percintaan Nabi Adam dan Siti Hawa,cinta mereka bermula di syurga...Namun,cinta itu teruji dengan satu larangan dan mereka tersalah membuat perhitungan...Lalu mereka tercampak ke dunia...Cinta mereka terpisah sekian lama...Adam di satu penjuru dan Hawa pula di satu penjuru yang lain...Rasa bersalah menerpa setiap pelusuk hati dan taubat mereka berterusan dalam kesal yang tidak terhingga...Dan akhirnya,apabila cinta yang tercemar itu kembali bersinar maka bertemulah mereka di Arafah.!!Jadi,untuk bercinta sampai syurga,jangan sesekali melupakan cinta Allah...Jangan dilanggar syariat-Nya...Jika sudah tercemar,gilaplah kembali agar bersinar...Insya-Allah,akan ada 'Arafah' cinta kita...Dan pastinya ada tempat untuk kita serta cinta di syurga kelak...Amin...






Indahnya sebuah percintaan yg disertai bersama cinta Allah
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan